Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan malam Ambang Merdeka Daerah Simunjan disambut meriah
  • WILAYAH

Sambutan malam Ambang Merdeka Daerah Simunjan disambut meriah

Utusan Sarawak 9 months ago

SIMUNJAN: Sambutan Malam Ambang Merdeka Ke-67 peringkat Daerah Simunjan disambut meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat di Padang Sentral di sini, malam tadi. 

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris bersama isteri Napsiah Abang Kaderi turut hadir bagi menyerikan lagi sambutan tersebut.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran peserta-peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dengan membawa bendera Malaysia di mana seterusnya diserahkan kepada Rodiyah.

Rodiyah juga turut menyerahkan Jalur Gemilang tersebut kepada Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lans Koperal Muhammad Farid Baharudin untuk dinaikkan ketika nyanyian lagu Negaraku.

Dalam pada itu, tepat detik 12 tengah malam, nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku berkumandang diikuti lagu patriotik lain dan laungan “Merdeka”.

Selain itu, majlis itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian ngajat, persembahan bergendang, persembahan nyanyian oleh artis-artis tempatan, pertandingan basikal berhias dan gerai-gerai jualan.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah persembahan nyanyian artis tempatan popular, Maxwel Franklin Saran.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Rafhan Kepli, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Batang Sadong Idris Ibrahim dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan Bojeng Ali.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Gerai Lipat platform penduduk luar bandar pasarkan produk
Next: Klinik Kesihatan Long Napir bakal dibina pihak swasta  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.