Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena
  • SEMASA

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Sumber Manusia Steven Sim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Kompleks Setia Perkasa hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Mei, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Beliau, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan sambutan bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” itu, yang menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung.

“Program (sambutan) akan bermula 28 April menerusi penganjuran Karnival Hari Pekerja, melibatkan pelbagai acara termasuk karnival serta pameran kerjaya, latihan kemahiran dan sebagainya,” katanya. 

Sim, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Prapelancaran Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Beliau menjemput orang ramai memeriahkan sambutan bermula 28 April, dengan antara program dijangka menarik perhatian ialah Karnival Kerjaya Mega yang menawarkan 10,000 peluang pekerjaan termasuk sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

Selain itu, turut diadakan ialah tawaran diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus.

Ditanya kemungkinan terdapat sebarang pengumuman penting pada sambutan itu, Sim berkata beliau dan Perdana Menteri dijadualkan menyentuh beberapa perkara pada hari tersebut.

Sementara itu, KESUMA dalam kenyataan memaklumkan kementerian akan melancarkan secara rasmi aplikasi MYFutureJobs: Langkah Progresif Perkasa Pencari Kerja versi mudah alih, pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025.

Aplikasi itu diperkenalkan sebagai inisiatif penting ke arah pendigitalan sistem buruh negara dan bakal menjadi medium utama memperkasakan pencari kerja dengan dilengkapi padanan pekerjaan lebih pantas dan efisien, notifikasi segera peluang pekerjaan serta reka bentuk mesra pengguna.

“Pelancaran ini merupakan satu langkah strategik dan progresif dalam menyokong ekosistem pekerjaan digital lebih inklusif, responsif dan mampan selaras dengan hasrat Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JBPM bakal terima 16 anjing pengesan baharu dari UK
Next: Tiong: Komitmen terhadap Bintulu kekal utuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.