KUCHING: Kanowit kekal menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 201 setakat 4.00 petang hari ini.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian pula merekodkan bacaan IPU 137 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bacaan IPU di kebanyakan kawasan lain berada pada tahap sederhana, antaranya Kuching 91, Samarahan 84, Sri Aman 100, Sarikei 80, Sibu 68, Mukah 70, Kapit 66, Bintulu 94, Samalaju 63, Miri 57 dan ILP Miri 57.
Limbang pula mencatat bacaan 53, Lundu 64, Tebedu 66, Lubok Antu 74, Belaga 69, Lawas 58, Bario 58 dan Betong 98.
Mengikut jadual penunjuk status IPU, bacaan 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Oleh Afiq Sallehi





