Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SADA perkukuh kerjasama dengan SEDC, bangunkan industri pertanian di Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

SADA perkukuh kerjasama dengan SEDC, bangunkan industri pertanian di Sri Aman

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Sri Hajah Rohani Abdul Karim hadir lawatan delegasi SADA ke SEDC’s Siburan Halal Abattoir.

SIBURAN: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) akan terus memperkasakan kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam membangunkan industri pertanian di Bahagian Sri Aman.

Menurut Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim, lawatan delegasi SADA ke SEDC’s Siburan Halal Abattoir hari ini membuka peluang besar dalam merangka strategi bersama khususnya bagi meningkatkan pembangunan ekonomi luar bandar.

“Lawatan ini sangat bertepatan dengan fokus SADA untuk memperluaskan kerjasama dengan agensi pembangunan negeri dalam sektor pertanian.

“Kami berharap hubungan strategik ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat di Sri Aman, terutama dalam usaha meningkatkan taraf hidup melalui pertanian moden.

“SADA amat mengalu-alukan sebarang program pembangunan tanah oleh SEDC dan berharap dapat dilibatkan secara langsung dalam pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, SADA komited untuk berganding bahu dengan SEDC dalam merealisasikan projek-projek strategik, selaras dengan libat urus yang telah diadakan antara kedua-dua pihak pada 11 Mac lalu.

“Kami percaya melalui kolaborasi yang erat, potensi pertanian di Sri Aman dapat diterokai sepenuhnya, sekaligus memberi kesan positif kepada ekonomi setempat,” jelasnya.

Lawatan yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor,  Ahli Parlimen Batang Lupar, Shafizan Kepli, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, Pegawai Tadbir Khas SADA, Alfred Geling Ason serta sekretariat SADA itu turut mendapat kerjasama penuh daripada pihak SEDC.

Dalam lawatan berkenaan, delegasi SADA turut diberikan taklimat mengenai operasi dan peranan SEDC’s Siburan Halal Abattoir dalam menyokong pembangunan industri halal di Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Giat didik petani ubah tanaman padi dengan teknologi moden
Next: RM35,000 diperuntuk bantu JKKK dan Biro Wanita rumah panjang di Baleh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.