KUCHING: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya (SAC) Lim San Aik dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah yang baharu.
Lim, yang menerajui JSJ Sarawak sejak 3 Mac 2025, dijadual melapor diri di Sabah pada 19 Ogos sebelum secara rasmi memulakan tugas pada 20 Ogos.
Sepanjang berkhidmat di Sarawak, Lim berkata, beliau telah berkhidmat selama setahun lima bulan mengetuai JSJ negeri dalam membanteras jenayah serta memperkukuh siasatan jenayah.
“Masa berlalu begitu pantas,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.
Menurutnya, Sarawak merupakan sebuah negeri yang baik dan aman. Namun, seperti tempat lain, masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani.
“Masalah gengsterisme merupakan antara cabaran utama. Saya berharap selepas penahanan Geng 24, Kuching dan Sarawak akan menjadi lebih aman,” katanya.
Sebelum bertugas di Sarawak, Lim merupakan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas (D9), Bukit Aman.
Pertukaran beliau adalah sebahagian daripada rombakan terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membabitkan pegawai kanan polis.
Oleh Connie Chieng





