Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SABERKAS perjuang nasib belia
  • TEMPATAN

SABERKAS perjuang nasib belia

Utusan Sarawak 5 years ago
BINCANG… Mohd Chee Kadir mempengerusikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Saberkas Cawangan Kabong sesi 2020-2023 di Pusat Khidmat DUN Kabong, baru-baru ini.

KABONG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) diyakini terus relevan dalam memperjuangkan nasib golongan belia di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata walaupun badan induk itu berusia hampir 50 tahun, namun ia kekal sebagai wadah penyatuan belia pelbagai kaum.

Dalam pada itu tambah beliau, bagi memastikan Saberkas terus menjadi pilihan belia, setiap aktiviti yang dianjurkan perlulah bersesuaian dengan kehendak semasa belia.

“Kita boleh adakan apa sahaja aktiviti untuk belia namun ia perlu mengikut minat dan bersesuaian dengan kehendak meraka.

“Ia penting untuk memastikan Saberkas terus kekal relevan dan menjadi pilihan belia,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Saberkas Cawangan Kabong sesi 2020-2023 di sini baru-baru ini.

Chee Kadir berkata Saberkas merupakan salah satu landasan belia mengasah bakat kepimpinan dalam diri, dan pertubuhan itu merupakan penggilap bagi membentuk barisan pemimpin pada masa depan.

Chee Kadir memberitahu beliau sebenarnya mahu Saberkas Kabong aktif dalam segenap program berkaitan lebih-lebih lagi dalam kalangan belia di kawasan DUN Kabong.

Beliau berkata, Saberkas juga dilihat sebagai pelancar bagi sesuatu majlis dijayakan sama ada di peringkat kampung mahupun aktiviti-aktiviti lain.

“Sejak tiga tahun penubuhannya, Saberkas Kabong banyak melibatkan aktiviti dalam pelbagai peringkat di daerah Kabong,” katanya.

Begitu juga keahliannya, sejak 2017, ramai keahlian Saberkas di Kabong berbanding sebelumnya.

Chee Kadir berkata, penyertaan ahli Saberkas dalam pertubuhan itu dapat mengelak terlibat dengan perkara negatif dan tidak berfaedah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana
Next: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.