Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TERBAKAR… Sebuah rumah di Kampung Tebaang terbakar sepenuhnya dalam satu kejadian hari ini. Foto PGO

DARO: Sebuah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tebaang, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.32 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dikerahkan ke lokasi.

BOMBA sedang memadam kebakaran. Foto PGO

“Jentera bomba tiba di lokasi sejauh 16 kilometer dari balai pada 8.50 pagi dan mendapati rumah berstruktur tidak kekal itu telah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan dua nozel serta sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, anggaran keluasan kebakaran adalah 36 x 108 kaki persegi dan operasi berjaya dikawal pada 9.30 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 10.58 pagi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan pemeriksaan lanjut mengesahkan keadaan adalah selamat serta terkawal.
Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor berjaya padam kebakaran belukar
Next: Kedai alat ganti kereta terbakar 40 peratus di Jalan Chong Choon, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.