
PETRA JAYA: Masyarakat di seluruh Sarawak dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Jurucakap Pejabat Premier Sarawak, berkata tradisi tahunan yang membuka peluang kepada masyarakat mendekati pemimpin negeri itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Aidilfitri pertama dan kedua.
“Orang ramai dijemput hadir pada 10.00 pagi hingga 3.00 petang pada Aidilfitri pertama.
“Sementara pada Aidilfitri kedua majlis rumah terbuka akan berlangsung dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang,” kata jurucakap pejabat itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas untuk menyerikan lagi suasana sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri berkenaan.