Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah separuh kekal dua tingkat, kereta, motosikal musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah separuh kekal dua tingkat, kereta, motosikal musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
MARAK… Keadaan kejadian kebakaran rumah dengan api yang sedang marak meranap sebuah rumah bersama sebuah kereta dan sebuah motosikal musnah di Kampung Lopeng Tengah sekitar 6.00 pagi tadi.

MIRI: Sebuah rumah separuh kekal dua tingkat, sebuah kereta, dan sebuah motosikal musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Lopeng Tengah di sini sekitar 6.00 pagi tadi.

Menurut pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah menerima panggilan kejadian pada 6.25 pagi dan segera mengarah pasukan ke lokasi sejauh 13 kilometer.

“Tiba di lokasi mendapati ada kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal dua tingkat, sebuah kereta jenis Axia, dan sebuah motosikal.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran, bantuan dimulakan dua aliran hos hantaran 100 kaki pam jentera air pili Bomba telah berjaya memadam sepenuhnya kebakaran tersebut,” jelasnya.

Seramai lapan anggota polis turut berada di lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan pemilik dan penghuni rumah telah mengalami kecederaan melecur di bahagian bahu kanan.

Operasi tamat 8.30 pagi, setelah menilai keadaan selamat.

Oleh Adum Liu  

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah pekerja enam pintu musnah terbakar
Next: Jengkaut terbakar 30 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.