KOTA SAMARAHAN: Sebuah rumah kebun yang tidak berpenghuni di Kampung Merdang Lumut, di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku hari ini.
Kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 1.59 petang.
Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan tiba di lokasi kejadian dan mendapati rumah kebun terbakar sepenuhnya.
“Tiada penghuni berada di dalam rumah ketika kejadian dan tiada mangsa dilaporkan.
“Setelah api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pemeriksaan keselamatan dilakukan di sekitar kawasan terbakar bagi memastikan tiada risiko kebakaran semula
“Operasi melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan bersama sebuah jentera,” katanya.
Gambar
MUSNAH… Rumah kebun musnah dalam satu kebakaran hari ini.