Dua premis makanan diperiksa, 16 warga Indonesia ditahan

Facebook
WhatsApp
BEBERAPA individu ditahan dalam Ops Selera di sebuah premis makanan di Bintulu, semalam. JIM Sarawak

BINTULU: Seramai 16 warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Selera yang dijalankan di dua premis makanan di sekitar bandar Bintulu, semalam.

Operasi pada 28 September itu melibatkan 20 anggota terdiri daripada 16 anggota Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu dan empat anggota Unit Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat (UPSKK), JIM.

Dalam operasi berkenaan, seramai 44 individu diperiksa membabitkan 16 warga asing dan 28 warganegara Malaysia.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 16 warga Indonesia yang terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Sebanyak tiga saman saksi (Borang 29) turut dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan bagi membantu siasatan.

Operasi yang menyasarkan premis makanan di sekitar bandar Bintulu itu merupakan sebahagian daripada usaha penguatkuasaan berterusan JIM bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan imigresen sentiasa dipatuhi.

JIM dalam kenyataannya turut memaklumkan operasi penguatkuasaan akan diteruskan di seluruh negeri bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen.

Orang awam dan komuniti setempat turut digesa menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen kepada JIM bagi membantu penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

JPJ Kuching periksa 222 kenderaan, enam disita

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita enam kenderaan dalam operasi penguatkuasaan melibatkan motosikal, kenderaan mewah dan pemandu warga asing (Pewa)