Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah dijilat api
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Utusan Sarawak 6 months ago

PADAM... Anggota bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Pengkalan, Lutong, Miri pagi tadi.

MIRI: Sebuah rumah dua tingkat musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Pengkalan, Lutong di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada orang awam jam 10.57 pagi.

Katanya, bertindak di atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah bergegas ke lokasi yang terletak tujuh kilometer dari balai.

“Pasukan tiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 20 kaki panjang dan lebar 50 kaki telah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan keluaran operasi terus bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan untuk mengawal dan seterusnya memadam kebakaran,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turut berada di lokasi kebakaran untuk berjumpa mangsa.

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas orang awam berjaya sekat api merebak
Next: Empat penghuni panik rumah didiami marak dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.