Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah dinaiki air, warga emas bersama dua wanita dipindahkan ke PPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah dinaiki air, warga emas bersama dua wanita dipindahkan ke PPS

Utusan Sarawak 2 months ago
TIGA mangsa banjir berjaya dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air di Kilometer 2, Jalan Durin-Kanowit, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

KANOWIT: Seorang warga emas dan dua wanita dewasa terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kilometer 2, Jalan Durin-Kanowit, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 8.42 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati beberapa rumah sudah ditenggelami air sehingga paras dua meter.

“Keadaan itu memaksa anggota bomba memindahkan tiga mangsa bagi memastikan keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemindahan dilakukan oleh empat anggota bomba menggunakan sebuah bot penyelamat dengan bantuan pihak polis.

“Mangsa berjaya dihantar ke PPS Kompleks Sukan Kanowit tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Operasi menyelamat itu selesai 9.30 pagi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di Bukit Datuk Seng tidak libatkan mangsa
Next: Uggah: Pembinaan Jalan Ulu Paku bernilai RM247.4 juta dahului jadual asal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.