Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rugi RM11,000 dipedaya ‘pegawai LHDN
  • TEMPATAN

Rugi RM11,000 dipedaya ‘pegawai LHDN

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU… ACP Stanley Jonathan Ringgit.

SIBU: Seorang kerani wanita terpaksa menanggung kerugian lebih RM11,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian bermula apabila mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai LHDN Kuantan Pahang.

“Suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak Rm40,500 atas nama sebuah syarikat pembekal.

“Pengadu yang menafikan cukai tersebut telah disambungkan kepada Sarjan Fairuz Abdullah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang, yang memaklumkan bahawa pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan satu waran tangkap telah dikeluarkan.

“Bagi menarik semula waran tangkap tersbut, pengadu telah diminta untuk membayar sebanyak RM20,000 ke dalam akaun bank atas nama seseorang,” jelasnya menerusi satu kenyataan petang semalam.

Katanya, pengadu telah membuat dua kali transaksi secara atas talian.
“Pengadu sedar dirinya telah diperdaya selepas membuat panggilan ke LHDN bagi menyemak semula kes terhadap dirinya,” ujarnya.

Menurutnya, modus operandi suspek memperdayakan pengadu untuk membuat bayaran bagi penarikan semula waran tangkap yang tidak wujud dengan menyamar sebagai pegawai LHDN.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kembangkan industri halal di Sarawak
Next: Sarawak Energy bertemu pemimpin masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.