Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rondaan cegah jenayah di Sibu dengan pembabitan komuniti
  • JENAYAH

Rondaan cegah jenayah di Sibu dengan pembabitan komuniti

Utusan Sarawak 5 months ago

RONDAAN CEGAH JENAYAH......Merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran keselamatan komuniti. Foto ihsan IPD Sibu.

SIBU: Usaha memerangi dan mengurangkan jenayah sekitar bandar ini diteruskan dengan rondaan cegah jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, rondaan baru-baru ini melibatkan Bahagian Pencegahan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Sibu dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Perumahan Ulu Sungai Merah.

“Rondaan penglibatan komuniti dalam usaha pencegahan jenayah serta membantu polis membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial,” katanya dalam kenyataan menerusi facebook rasminya.

Katanya, sepanjang rondaan, keadaan kawasan terkawal tanpa insiden tidak diingini dan penduduk turut diberikan risalah pencegahan jenayah serta digalakkan mendaftar sebagai ahli Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Aktiviti ini berjaya merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran keselamatan komuniti,” katanya.

Continue Reading

Previous: Jangan pindahkan wang kepada individu tidak dikenali
Next: Insiden tembakan berlaku di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.