Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Roland Sagah santuni keluarga mangsa perahu karam
  • KEMALANGAN

Roland Sagah santuni keluarga mangsa perahu karam

Utusan Sarawak 9 months ago
ROLAND Sagah menyerahkan bantuan kepada waris mangsa.

LUNDU: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyantuni keluarga mangsa perahu karam Sungai Batang Kayan di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu menyampaikan sumbangan dari pihak Kelab Sukan dan Rekreasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat bersama dengan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) kepada keluarga mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong.

Beliau turut menyerahkan bantuan insurans takaful sekolah kepada waris-waris mangsa serta sumbangan beg sekolah dan peralatan sekolah kepada para pelajar yang terlibat dan terselamat.

Dalam kejadian baru-baru ini, sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang yang kemudiannya ditemukan lemas.

Dalam pada itu, Roland meminta agar semua pihak mematuhi peraturan keselamatan supaya kejadian malang itu dapat dielakkan pada masa hadapan.

Sementara itu, ADUN Opar, Billy Sujang berkata Surat Anugerah (LOA) telah dikeluarkan kepada kontraktor oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek Jambatan Kampung Selampit pada 21 Ogos 2024 dan tempoh kontrak bermula pada 4 September 2024.

“Kerja pembinaan hanya akan dijalankan pada Oktober 2024 selepas pembayaran pampasan kepada pemilik tanah terlibat dilaksanakan September ini.

“Pembinaan jambatan tersebut dijangka mengambil masa selama tiga tahun dan diharapkan agar pembinaannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang aral yang melintang,” katanya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kereta rempuh pokok
Next: Mayat Yoga Anggiska ditemui di Gunung Tabai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.