Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Roland berduka atas pemergian Tun Abdullah, sampaikan ucapan takziah selepas Majlis Inovasi STEM
  • SEMASA

Roland berduka atas pemergian Tun Abdullah, sampaikan ucapan takziah selepas Majlis Inovasi STEM

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pertandingan Inovasi STEM Kota Samarahan 2025 (PinKS @ UiTM 2025), hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kembali ke Rahmatullah, petang semalam.

Menurut Roland, kehilangan tokoh negara itu amat dirasai, bukan sahaja sebagai bekas pemimpin tertinggi negara, malah sebagai seorang insan yang dikenali dengan kelembutan serta ketokohan peribadi yang luar biasa.

“Saya sangat sedih apabila menerima berita pemergian ini. Namun, saya amat bersyukur kerana pernah berpeluang mengenali beliau dan keluarganya.

“Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang bukan sahaja berpengalaman, malah penuh dengan sifat penyabar dan berjiwa besar.

“Beliau seorang yang sangat berbudi pekerti – berhemah, lemah lembut dan memiliki nilai-nilai kepimpinan yang jarang ditemui,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Inovasi STEM Kota Samarahan 2025 (PinKS @ UiTM 2025), hari ini.

Tambah Roland, walaupun pemergian merupakan lumrah kehidupan, jasa serta nilai kepimpinan yang ditinggalkan Allahyarham akan terus dikenang sepanjang zaman.

“Saya percaya beliau seorang yang sangat penyabar dan berpengalaman.

“Namun perkara sebegini pasti berlaku. Tiada siapa yang kekal. Pada suatu masa, apabila kita semakin berusia, kita harus pergi. Tapi saya percaya Tuhan lebih menyayangi beliau,” katanya lagi dengan nada sebak.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, merupakan Perdana Menteri kelima Malaysia, berkhidmat dari 2003 hingga 2009.

Sepanjang pentadbirannya, beliau dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan”, atas komitmen terhadap pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berintegriti, termasuk melalui pendekatan Islam Hadhari.

Tambah Roland lagi, pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Abdullah pemimpin berjiwa besar, utamakan negara – Tun Dr Mahathir
Next: Tun Abdullah seorang sahabat, pemimpin ikhlas – Bekas PM Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.