Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Roglic teruskan penguasaan
  • SUKAN

Roglic teruskan penguasaan

Utusan Sarawak 5 years ago

Team Jumbo rider Slovenia's Primoz Roglic wearing the overall leader's yellow jersey (2nd-R) rides during the 14th stage of the 107th edition of the Tour de France cycling race, 197 km between Clermont-Ferrand and Lyon, on September 12, 2020. (Photo by KENZO TRIBOUILLARD / AFP)

PELUMBA pasukan Jumbo dari Slovenia, Primoz Roglic, memakai jersi kuning pendahulu keseluruhan (dua,kanan) semasa peringkat 14 perlumbaan berbasikal Tour de France edisi ke-107 sejauh 197 kilometer antara Clermont-Ferrand dan Lyon.• Foto AFP

PENDAHULU perlumbaan dari Slovenia, Primoz Roglic sekali lagi mempamer prestasi luar biasa apabila berjaya mengharungi ujian getir di Lyon selepas saingan Tour de France mula memasuki peringkat perlumbaan dengan cabaran pendakian sehingga minggu depan.

Pelumba Denmark, Soren Kragh Andersen dari pasukan Sunweb pula meraih kemenangan dengan melintasi garisan penamat secara solo untuk memenangi peringkat perlumbaan ke-14.

“Ini adalah penamat yang diidamkan oleh setiap pelumba,” kata Andersen.
Dia melakukan gerakan pada kilometer terakhir untuk mencatat kemenangan kedua bagi pasukannya minggu ini selepas Marc Hirschi memenangi peringkat perlumbaan Khamis lalu.

Pendahulu saingan yang juga pemegang jersi kuning, Roglic menjangkakan perlumbaan lebih agresif pada peringkat seterusnya yang menjadi perkara utama difikirkan oleh barisan pelumba pilihan.

“Ia adalah perlumbaan tahap tinggi. Saya jangkakan ia lebih mudah tetapi anda dapat saksikan betapa sukarnya cabaran hari ini.

“Sama-sama kita nantikan apakah cabaran seterusnya. Seperti biasa kami akan cuba untuk bertahan,” kata Roglic yang mendahului rakan senegara, Tadej Pogacar dengan kelebihan 44 saat.

Juara bertahan, Egan Bernal kekal di kedudukan ketiga ketinggalan 59 saat.-AFP

Continue Reading

Previous: Hatrik Salah selamatkan Liverpool
Next: Osaka raih Grand Slam Ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.