Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Rock dan Blues kembali gegar Bau, BOTB REDEEMS sasar 20 kumpulan
  • HIBURAN

Rock dan Blues kembali gegar Bau, BOTB REDEEMS sasar 20 kumpulan

Utusan Sarawak 4 hours ago
 SIDANG MEDIA…Datuk Peter Nansian (dua,kiri)  berucap pada sidang media Battle of the Bands REDEEMS Ke-4 2026 dan Karnival Gawai REDEEMS Ke-18 2026, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Pertandingan REDEEMS Battle of the Bands (BOTB) 2026 kembali mewarnai sambutan Karnival Gawai REDEEMS Ke-18 apabila menyasarkan penyertaan 20 kumpulan muzik dari seluruh Borneo bagi merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, Julai depan.

Presiden REDEEMS, Datuk Peter Nansian berkata, pertandingan yang memasuki edisi keempat penganjurannya itu terus menjadi platform penting dalam usaha mencungkil dan mempromosikan bakat muzik tempatan, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, pertandingan yang membawa tema ‘Rock & Blues’ itu akan menghimpunkan kumpulan muzik dari Sarawak, Sabah serta Kalimantan Barat, Indonesia dalam persaingan yang dijangka lebih sengit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“REDEEMS Battle of the Bands bukan sekadar pertandingan muzik, malah menjadi medium untuk mengetengahkan kreativiti, kemahiran persembahan serta potensi bakat baharu di rantau ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 POSTER Battle of the Bands REDEEMS Ke-4 2026.

Beliau berkata, pusingan pertandingan akan berlangsung pada 16 Julai manakala pentas akhir dijadualkan pada 17 Julai di Perkampungan Budaya Bidayuh @ REDEEMS.

Dalam pada itu, katanya, kumpulan rock terkenal tanah air, Amuk bakal mengadakan persembahan khas sempena Karnival Gawai REDEEMS Ke-18 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai.

Peter berkata kehadiran Amuk dijangka menambah kemeriahan karnival yang turut menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan, permainan tradisional, pameran, aktiviti komuniti serta gerai makanan dan minuman.

Menurut beliau, pihak penganjur menjangkakan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran, dengan kemasukan adalah percuma kepada orang ramai.

Beliau turut memaklumkan bahawa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menghadiri kemuncak Karnival Gawai REDEEMS Ke-18 pada 18 Julai.

Sejak diperkenalkan pada 2023, BOTB REDEEMS telah menghimpunkan 44 kumpulan muzik dan menarik lebih 8,500 pengunjung, sekali gus menjadi antara platform penting dalam pembangunan bakat serta industri kreatif di Sarawak.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Aina Abdul, Masterpiece tarikan utama konsert rakyat di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.