Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM800,000 naik taraf Masjid Kampung Tanjung Assam
  • Selatan
  • WILAYAH

RM800,000 naik taraf Masjid Kampung Tanjung Assam

Utusan Sarawak 1 month ago
PENDUDUK Kampung Tanjung Assam menyambut ketibaan Datuk Mohammad Razi Sitam semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri semalam. Foto ADUN Saribas

BETONG: Peruntukan berjumlah RM800,000 diluluskan bagi menaik taraf Masjid Kampung Tanjung Assam, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam.

Beliau berkata peruntukan yang telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof melalui Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri negeri Sarawak.

“Pihak kita berterima kasih kepada TPM kita serta pihak Pejabat ICU Sarawak kerana telah meluluskan peruntukan yang besar bagi menaik taraf masjid di Kampung Tanjung Assam ini.

“Impian penduduk untuk melihat rumah ibadat itu berwajah baharu bakal tercapai dan memastikan agar keselesaan jemaah yang datang menunaikan ibadah di masjid itu sentiasa diutamakan,” katanya semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri di Kampung Tanjung Assam, semalam.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata baru-baru ini pihak Pejabat ICU JPM Sarawak telah bertemu dengan kepimpinan kampung yang diketuai Penghulu Kampung Tanjung Assam, Raduan Mos untuk membincangkan skop kerja yang dicadangkan untuk membesarkan masjid berkenaan.

“Semoga dengan peruntukan yang diluluskan oleh TPM yang berjumlah RM800,000 untuk tujuan membesarkan Masjid Kampung Tanjung Assam akan memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan,” katanya.

Terdahulu, Razi telah mengumumkan peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Marris) berjumlah RM3.5 juta bagi kerja-kerja membaik pulih Jalan Tanjung Assam.

Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan kebun di Kampung Tanjung Assam juga sedang giat dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). 

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jadikan budaya berkunjung landasan eratkan perpaduan
Next: Jelajah Raya JKKK DUN Lingga diadakan di 11 lokasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.