5,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan Hari Malaysia 2026

Facebook
WhatsApp
DATUK Abdul Halim Hamzah ditemui media selepas Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

KUCHING: Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

5,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING: Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Sambutan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di kawasan terbuka dipindahkan ke dalam bangunan susulan keadaan jerebu, namun perubahan lokasi itu tidak menjejaskan kemeriahan acara yang menghimpunkan rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, kelancaran penganjuran sambutan berkenaan adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak.

BERAMAH MESRA… Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Dato’ Sri Fahmi Fadzil, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama tetamu lain ketika menunggu ketibaan tetamu kehormat pada Sambutan Hari Malaysia ke-63.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 berkata, keadaan cuaca yang mengizinkan turut membantu memastikan perjalanan sambutan berlangsung dengan lancar.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Dato’ Sri Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah atas peranan masing-masing dalam menjayakan sambutan berkenaan.

“Pastinya pihak penganjur Hari Malaysia 2026, saya dan pasukan mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada semua pihak yang telah pun bersama-sama menjayakannya.

Abdul Halim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak, yang hadir bersama-sama menyemarakkan sambutan berkenaan.

Sambutan Hari Malaysia 2026 membawa tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’, yang mencerminkan aspirasi untuk memastikan kesejahteraan dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh rakyat.

Oleh Afiq Sallehi