Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM60 juta naik taraf jalan ladang dalam RMK-12
  • TEMPATAN

RM60 juta naik taraf jalan ladang dalam RMK-12

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah melalui Jabatan Pertanian Sarawak telah memohon peruntukan awal sebanyak RM50 juta daripada Kerajaan Sarawak manakala RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi membina dan menaik taraf jalan ladang di seluruh negeri ini.

Menteri Muda Pertanian, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, dengan peruntukan tersebut sebanyak 250 kilometer  jalan ladang dan lain-lain komponen infrastruktur ladang akan dapat dilaksanakan di seluruh negeri termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

“Sebanyak RM77.5 juta telah diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf 750 km jalan ladang di seluruh Sarawak dalam RMK-11.

“Daripada peruntukan itu, sebanyak 900 projek infrastruktur dan jalan ladang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada N.40 Kabong Mohamad Chee Kadir pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kelapan Belas di DUN Sarawak, semalam.

Tambahnya, seramai 16, 705 orang pekebun kecil yang mengusahakan kelapa sawit, getah, lada, buah-buahan dan sayur-sayuran di seluruh Sarawak telah mendapat manfaat daripada projek ini.

“Untuk jumlah peruntukan diberikan kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit bagi DUN Kabong dalam RMK-11 pula, sebanyak sembilan projek infrastruktur dan jalan ladang berjumlah 12.7 km dilaksanakan dengan melibatkan RM1.75 juta.

“Projek ini memberi manfaat kepada 130 orang petani dan pekebun kelapa sawit,” ujarnya lagi.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Asri menunjukkan polis berdedikasi dalam tugas
Next: RUU Perbekalan Tambahan diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.