Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM5,000 untuk Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang
  • Tengah
  • WILAYAH

RM5,000 untuk Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang

Utusan Sarawak 2 months ago
DASUKI (tiga, kiri) menyerahkan sumbangan cek RM5,000 serta barangan keperluan kepada Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang yang diterima oleh Yusnar, semalam. 

SIBU: DAL HCM Sdn. Bhd. semalam menyerahkan sumbangan cek bernilai RM5,000 kepada Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Majlis penyerahan cek tersebut disempurnakan oleh Pengurus Besar DAL HCM, Dasuki Razali, bersama Pengurus Operasi, Mike Jackson Tsai.

Sumbangan diterima oleh Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak Dato’ Mohamad Yusnar Matalie merangkap Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu.

Selain sumbangan kewangan, DAL HCM turut menyampaikan bag sekolah, alat tulis, serta duit raya kepada anak-anak yatim di kompleks berkenaan.

Inisiatif ini bertujuan menceriakan mereka menjelang Aidilfitri serta memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Pihak DAL HCM Sdn. Bhd. berharap sumbangan ini dapat membawa manfaat dan membantu meringankan beban penerima dalam menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM1 juta Kompleks Sukan Pakan bernafas baharu
Next: Prihatin kebajikan golongan memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.