Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM300,000 naik taraf kemudahan infrastruktur persatuan
  • Utara
  • WILAYAH

RM300,000 naik taraf kemudahan infrastruktur persatuan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIMBOLIK… Johnny Pang Leong Ming bersama ahli PPWS dan tetamu memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PPWS Bintulu-Tatau.

BINTULU: Usaha memperkasa wanita terus diberi perhatian apabila Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bintulu-Tatau menerima suntikan dana berjumlah RM300,000 daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi tujuan menaik taraf kemudahan infrastruktur persatuan.

Sumbangan itu mencerminkan komitmen berterusan pemimpin setempat dalam menyokong usaha pembangunan wanita serta memperkukuh peranan mereka dalam masyarakat.

Sebanyak RM200,000 disumbangkan oleh ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, bagi menaik taraf dapur di bangunan PPWS yang kini dalam pembinaan di Jalan Tun Razak.

JOHNNY Pang Leong Ming teruja untuk menikmati bubur pedas sempena majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PPWS Bintulu-Tatau.

“Dapur yang lebih selesa dan lengkap ini akan menjadi pemangkin kepada pelbagai aktiviti produktif, termasuk latihan kemahiran, keusahawanan dan penyediaan makanan komuniti.

“Ia juga mewujudkan ruang sokongan yang lebih luas kepada wanita setempat,” katanya pada majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PPWS Bintulu-Tatau di sini hari ini.

Beliau turut mengiktiraf peranan aktif PPWS dalam memperkasa wanita melalui pelbagai inisiatif sosial, ekonomi dan komuniti.

Katanya, kerjasama erat antara pertubuhan seperti PPWS dengan pemimpin tempatan serta agensi kerajaan amat penting dalam memastikan kejayaan jangka panjang agenda pembangunan wanita.

“Apabila wanita diberikan ruang, peluang dan sokongan, mereka bukan sahaja mampu memajukan diri, tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti,” ujarnya.

Sementara itu, ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyumbang sebanyak RM100,000 untuk kekerja penambahbaikan aras atas bangunan PPWS, yang bakal menyediakan ruang tambahan bagi pelaksanaan program wanita yang lebih tersusun dan berskala besar.

Majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu itu turut disertai Ketua Wanita PBB Jepak, Noriha Ali yang mewakili ADUN Jepak; Pengerusi PPWS Bintulu-Tatau, Hashimah Wahab; Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan; Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman; serta ketua masyarakat dan jabatan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak-anak permata, aset penting negara masa depan
Next: UPMKB serah sumbangan kepada mangsa kebakaran RPR Sibiew, Sungai Plan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.