Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM219,000 untuk baik pulih Jalan Tong Ah
  • WILAYAH

RM219,000 untuk baik pulih Jalan Tong Ah

Utusan Sarawak 8 months ago
SIAP DILAKSANAKAN… Gung Chiu Kion (tengah) selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan ke tapak projek yang telah siap dilaksanakan.

BINTANGOR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan peruntukan berjumlah RM219,000 bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih Jalan Tong Ah.  

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, projek tersebut termasuk penurapan jalan simen. 

“Ia bertujuan memudahkan penduduk setempat. 

“Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memantapkan kemudahan infrastruktur di negeri ini,” katanya. 

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika dihubungi media. 

Tambahnya, projek tersebut melibatkan pembinaan jalan sepanjang 475 meter dengan lebar 3.6 meter dan ketebalan lima inci.

“Selain itu, projek ini juga merangkumi pembinaan empat buah pembetung,” katanya. 

Baru-baru ini, Gung Chiu Kion selaku wakil Tiong Sii telah mengadakan lawatan ke tapak projek yang telah siap tersebut. 

Turut hadir semasa tinjauan tersebut ialah Jurutera Awam Unit Teknikal KKDW Negeri Sarawak, Shahrul Hisyam Ali. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran Kampung Hilir ditawarkan penginapan sementara di flat
Next: Hari Kesihatan Sibu Satu Hari: Kesedaran Buah Pinggang di UTS 8 Oktober depan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.