LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk pembinaan tempat letak kereta di Pantai Pandan Lundu.
Perkara tersebut dinyatakan ketika beliau menghadiri program gotong-royong Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pantai Pandan Lundu, baru-baru ini.
Program anjuran Persatuan Kebajikan Veteran Wiranita Sarawak itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Bercakap ketika merasmikan program tersebut, Azizul berharap agar program seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang di tempat lain.
Hadir sama , Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL ) Datuk Amar Jamilah Anu.
Beliau turut menyeru penduduk Kampung Pandan dan sekitar untuk hadir ke Karnival LAKIL yang memasuki hari kedua bermula 13 lalu hingga 16 September di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem .
Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan mewarna anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu, Pertandingan Gubahan Bunga anjuran Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertandingan Busana Muslimah.
Sementara itu, pada sebelah malam diadakan Program Tanjong Datu Berselawat yang dihadiri oleh Penceramah Al Fadhil Ustaz Zul Ramli M Razali, Al Fadhil Dr Ustaz Hasfa Bakhry Hassan dan Kumpulan Muhibbin.
Gambar
UNTUK ALBUM… Azizul Annuar Adenan merakamkan gambar bersama peserta semasa program gotong-royong Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)