Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM150,000 naik taraf Surau Kampung Bunga Siantan
  • TEMPATAN

RM150,000 naik taraf Surau Kampung Bunga Siantan

Utusan Sarawak 2 months ago
BERI SOKONGAN… John Ilus dan yang lain memeriahkan majlis Berambeh Sungkei Bersama Pemimpin Bahagian Serian 2025 di Surau Darul Munawwar Kampung Bunga Siantan, Serian semalam. -Foto UKAS

SERIAN: Permohonan bagi projek menaik taraf Surau Darul Munawwar Kampung Bunga Siantan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM150,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, projek tersebut dijangka dilaksanakan dalam tahun ini.

Jelasnya, selain itu, beberapa kampung berdekatan turut menerima kelulusan projek pembangunan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis Berambeh Sungkei Bersama Pemimpin Bahagian Serian 2025 di Surau Darul Munawwar Kampung Bunga Siantan, semalam.

Program itu dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Serian dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bunga Siantan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 penerima dalam kampung tersebut.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Bunga Siantan, Mohammad Openg, Wakil Residen Bahagian Serian, Mohammad Nazreen Mayaddin, Wakil Pegawai Daerah Serian, Dayang Norhazira, ketua-ketua kampung berdekatan, ketua-ketua jabatan dan tetamu jemputan yang lain.-UKAS

Continue Reading

Previous: Untuk renungan hari ini
Next: Jambatan Bintulu-Jepak pacu pertumbuhan sosioekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.