
SARIKEI: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh telah menyerahkan dana daripada Pusat Khidmat Kuala Rajang kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) berjumlah RM100,000.
Dana tersebut diserahkan kepada wakil LAKISRI iaitu Pengurus LAKISRI, Awangku Suhaili Awangku Mohammad.
Penyerahan dana dijalankan di Masjid Al-Muttaqin sempena Program Jelajah Ramadan, baru-baru ini.
Selain itu, Len Talif turut menyerahkan sumbangan duit raya berjumlah keseluruhan RM13,950 kepada 279 orang penerima dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Century, JKKK Jalan Haji Karim, JKKK Jalan Baji, JKKK Drahman Keria dan JKKK Keria.
Penerima merupakan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, asnaf dan anak yatim.
Program tahunan sempena Ramadan ini juga adalah untuk memastikan mereka juga dapat merasai kegembiraan menyambut kedatangan Syawal nanti.
Hadir bagi mewakili para penerima adalah ketua kaum lima kawasan JKKK tersebut.
Oleh Earl Anek