Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rindok Raya 2025 beri peluang jana pendapatan
  • TEMPATAN

Rindok Raya 2025 beri peluang jana pendapatan

Utusan Sarawak 3 months ago
PELBAGAI PILIHAN… Antara gerai-gerai yang terdapat pada Rindok Raya 2025 di pekarangan Pusat Acara Hikmah Exchange, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Inisiatif Rindok Raya 2025 yang memberi peluang kepada usahawan kecil menjana pendapatan sepanjang Ramadan bukan sahaja membantu peniaga tempatan mempromosikan produk mereka, malah merancakkan ekonomi setempat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki kewujudan sekitar 80 gerai jualan di pekarangan Pusat Acara Hikmah Exchange membuktikan minat tinggi dalam kalangan peniaga dan masyarakat terhadap bazar Ramadan.

SIMBOLIK… Dato Ibrahim Baki dan Dato Hilmy Othman memotong reben semasa simbolik perasmian Rindok Raya 2025 di pekarangan Pusat Acara Hikmah Exchange, hari ini. Turut kelihatan Dato Fazzrudin Abdul Rahman. Foto UKAS

“Ini adalah satu inisiatif yang baik kerana ia memberi ruang kepada usahawan kecil meningkatkan pendapatan mereka, selain menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengunjung,” katanya semasa ditemui media pada majlis pelancaran Rindok Raya 2025, hari ini.

Ibrahim turut menekankan kepentingan memperluaskan program seumpama ke lebih banyak lokasi, termasuk kawasan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Petra Jaya.

Tambah beliau, selain memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai barangan keperluan, bazar Ramadan juga mampu menarik lebih ramai pelancong ke kawasan terbabit.

SOKONG INISIATIF… Dato Ibrahim Baki, Dato Hilmy Othman serta Dato Fazzrudin Abdul Rahman merakam gambar bersama yang lain semasa majlis perasmian Rindok Raya 2025 di pekarangan Pusat Acara Hikmah Exchange, hari ini. Foto UKAS

Turut hadir pada majlis ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga ADUN Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Meditel mudahkan warga HUS beli juadah berbuka
Next: Jalan Miri-Marudi ditutup sementara esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.