Ribut petir, hujan lebat di Sabah, Sarawak hingga 1.00 pagi – MetMalaysia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 1.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Sibu, Sarikei, Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Serian, Kuching, Limbang, Miri, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Samarahan dan Kapit (Song).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Sandakan (Kinabatangan, Tongod, Sandakan, Telupid dan Labuk & Sugut), Tawau (Lahad Datu), Pedalaman (Pensiangan, Sipitang, Tenom, Sook, Beaufort, Membakut dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar).

– Bernama

Serian, Lundu catat IPU tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian (MCAQM) meningkat

Buaya tembaga 2.1 meter diserah kepada SFC

SPAOH: Seekor buaya tembaga liar sepanjang sekitar 2.1 meter yang mengejutkan penduduk Kampung Medang selepas ditemui terperangkap pada jaring sebuah