KUALA LUMPUR: Minggu ketiga penuh dengan kejutan luar biasa. Antara momen yang paling mencuri perhatian adalah kemunculan Rezza Shah bersama pelakon wanita popular yang turut membintangi drama Tonton: Marina, Sophia Albarakbah.
Membawakan lagu Diari Seorang Lelaki, Rezza berjaya memukau penonton apabila Sophia membuat kemunculan secara tiba-tiba yang menambahkan elemen kejutan pada persembahan tersebut.
Namun, persembahan dramatik Rezza pada episod kali ini tidak membawa tuah apabila beliau diumumkan sebagai salah seorang daripada empat peserta dengan undian terendah termasuk Dayangku Iffah, Hafiz Zainal dan Eylia Guntabid.
Menurut kata Datuk Yusri, “Saya rasa, jika dilihat pada keempat-empat peserta ini, mereka menghadapi cabaran atau masalah yang sama dimana kekurangan impak dari segi change of feeling atau emosi dalam persembahan.”
Pernah menimbulkan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik di minggu pertama, pentas CSOIAM sekali lagi membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam usaha merebut gelaran bintang dan hadiah lumayan yang ditawarkan.
Minggu ketiga yang dimulakan dengan Top 10 ini berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila dua bakat muda terpaksa meninggalkan pentas iaitu Hafiz Zainal dan Dayangku Iffah.
Kedua-dua mereka telah memberikan persembahan sehabis baik yang rata-ratanya menerima komen positif daripada pihak juri.
Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya.
Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.
Minggu ketiga CSOIAM terus membuktikan kehebatannya apabila sarat dengan kejutan luar biasa yang berjaya mencuri perhatian ramai menerusi persembahan memukau daripada peserta, persembahan pembukaan oleh kumpulan terkenal, Ruffedge, duet memukau daripada Aina Abdul, serta persembahan penutup penuh emosi oleh Ernie Zakri menjadi bualan hangat, menjadikan rancangan ini trending di platform ‘X’ untuk tiga minggu berturut-turut.
Peserta terpaling ‘FIZZ’ minggu ini jatuh kepada Marygrace, yang berjaya memukau juri dan penonton dengan persembahan bertenaga, vokal mantap, dan emosi yang mendalam menerusi lagu Memori Tercipta.
Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat namanya, malah membuka peluang besar untuknya berduet dengan penyanyi, penulis lagu, dan komposer legenda, Datuk Ramli Sarip, dalam tugasan minggu hadapan.
Kolaborasi ini dijangka membawa dimensi baharu kepada persembahannya dan menjadi antara momen yang dinanti-nantikan.
Minggu ini, Zazzleen antara yang mencuri perhatian apabila mendendangkan lagu Wajah Rahsia Hati nyanyian Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy), dengan gaya dan sentuhan uniknya sendiri.
Zazzleen malah berkongsi keterujaannya tatkala menerima mesej video istimewa daripada personaliti terkenal tersebut, “Saya amat terkejut apabila menerima video tersebut daripada peminat saya.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana mereka berjaya mencari jalan untuk membuat kejutan itu. Semua pesanan yang Kak Ogy kongsikan, saya jadikan panduan dan masukkan ke dalam persembahan saya malam ini.
“Saya benar-benar menikmati pengalaman cuba membawa watak Kak Ogy pada zaman mudanya, dan apa pun, saya sudah berikan yang terbaik pada malam ini.”
Minggu hadapan, cabaran baharu. Persaingan diteruskan dengan baki 8 peserta yang akan berentap mengikut tema ‘Sinergi Muzik’, menjanjikan lagu-lagu gabungan hebat yang mengangkat kreativiti dan keunikan setiap individu.
Siapakah yang mampu menonjol dan mara ke pusingan seterusnya? Saksikan aksi hebat dari Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid. Undi peserta kegemaran anda, kerana 40 peratus undian berada di tangan anda, manakala 60 peratus lagi ditentukan oleh juri profesional.
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah.
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, 9.00 malam.
Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.