Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RELA, BDA kerjasama pantau pematuhan SOP
  • TEMPATAN

RELA, BDA kerjasama pantau pematuhan SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
KETAT…Kelihatan kakitangan BDA mengambil bacaan suhu orang ramai yang masuk ke Tamu Sebauh semalam.

NIAH: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sebauh kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) dalam tugas pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Sebauh.

Ketua Perhubungan RELA Sebauh, Abu Samah Abdullah ketika menghubungi Utusan Sarawak semalam berkata, selagi belum menang berperang dengan Covid-19 selagi itu RELA terus bertugas.

Katanya, negara masih dalam arahan kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), maka tugas RELA belum dapat berhenti untuk menjaga keselamatan orang ramai tentang bahayanya Covid-19 ini.

“Pemantauan di tamu, bahawa SOP adalah ketat serta perlu diambil bacaan suhu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan tamu.

“Keadaan sekitar Sebauh agak tenang dan terkawal, kita masih bersih dan masih dikategori zon hijau sejak Mac hingga kini,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai dinasihati supaya sentiasa memakai pelitup mulut jika berada di kawasan tamu, pasar dan tempat tumpuan ramai.

Sementara itu, cabaran tentang peralatan keselamatan anggota RELA seperti pelitup mulut pada masa ini ada hasil pembelian sendiri.

“Pada awal PKP dan PKPB lepas bahawa kita ada disediakan pelitup mulut.

“Maka harapan kita akan ada pihak individu untuk menyumbang pelitup mulut kerana pada 1 Ogos depan SOP adalah lebih ketat,” katanya lagi.

Justeru, teruskan beri kerjasama kepada RELA bertugas dalam usaha keselamatan semua pihak dan mengekalkan Daerah Sebauh di zon hijau hingga tamat PKPP ini.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar
Next: Dikehendaki pasang Wristband

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.