Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Raptai sambutan Hari Malaysia berjalan lancar
  • TEMPATAN

Raptai sambutan Hari Malaysia berjalan lancar

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Datuk Saifuddin Abdullah bersama Dato’ Sri Stephen Rundi Utom ketika menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Sibu, semalam.

SIBU: Raptai penuh sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Sibu berjalan lancar di sini, semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah merangkap pengerusi penganjur hadir pada raptai tersebut bagi memastikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini berjalan lancar.

Turut hadir, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merangkap pengerusi bersama.

Raptai yang diadakan bermula 7.30 malam itu berlangsung dengan jayanya, dengan pelbagai gabungan persembahan di atas pentas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menghadiri program berkenaan.

Berikutan penularan wabak Covid-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kehadiran sambutan tahun ini hanya terhad kepada 500 orang.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Sarawak terima peruntukan RM829 juta
Next: Jalan runtuh sedang dibaiki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.