Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Raptai penuh sambutan Aidilfitri MADANI 2025 berjalan lancar
  • TEMPATAN

Raptai penuh sambutan Aidilfitri MADANI 2025 berjalan lancar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAPTAI penuh sambutan Aidilfitri MADANI 2025 berjalan lancar. Foto UKAS

KUCHING: Raptai penuh bagi sambutan Aidilfitri MADANI 2025 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim peringkat Sarawak yang bakal berlangsung esok berjalan lancar di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, hari ini.

Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri Sarawak (UPPANS), Datu Hamdan Sharbini hadir meninjau persiapan akhir serta memastikan kelancaran keseluruhan atur cara majlis.

Sambutan Aidilfitri MADANI ini dijangka menarik kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum dari seluruh pelosok negeri, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia pasca Ramadan.

PENGACARA majlis sedang melakukan raptai. Foto UKAS

Acara akan dimulakan dengan persembahan silat dan hadrah sebagai simbolik menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Johari Tun Openg dan isteri, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang turut dijangka hadir memeriahkan sambutan.

BERI PENERANGAN… Penyanyi Safar Ghafar menerangkan sesuatu kepada penari pengiringnya. Foto UKAS

Majlis turut akan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh Majlis Seni Sarawak serta persembahan artis tempatan seperti Ila Damia, Arabyrd, Mal Imran, Ramles Walter dan ramai lagi, yang pastinya menggamatkan suasana.

Lebih menarik, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional hari raya yang disediakan, termasuk lemang, ketupat, sate, rendang dan kuih-muih Melayu, dalam suasana penuh mesra dan inklusif.

Sambutan ini merupakan antara platform penting dalam menjayakan konsep Malaysia MADANI yang meraikan kepelbagaian budaya serta memperkukuh silaturahim antara rakyat dan pemimpin. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tender projek Jambatan Long Jekitan keluar bulan depan
Next: WEF iktiraf Sarawak sebagai kuasa ekonomi baharu berasaskan tenaga hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.