Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rangka manusia sah milik warga emas setelah DNA sepadan
  • WILAYAH

Rangka manusia sah milik warga emas setelah DNA sepadan

Utusan Sarawak 4 months ago

Laporan DNA mengesahkan rangka manusia adalah milik Musah Mantali yang dilaporkan hilang sebelum ini.

MIRI: Rangka manusia yang tidak sempurna ditemukan di kawasan semak Batu 7Jalan Miri-Bintulu di sini pada 12 Disember tahun lalu disahkan milik individu yang dilaporkan hilang iaitu Musah Mantali.

Ketua Polis Daerah,  Asisten Komsioner Alexson Naga Chabu berkata,  identiti lelaki berusia 75 tahun disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Laporan DNA mengesahkan bahawa rangka berkenaan adalah adalah milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini berkait dengan laporan Polis LTBG Miri/002912/24.

“Ujian DNA itu telah disahkan milik Musah bin Mantali yang telah sepadan sampel 99.9 peratus dengan sampel darah anak si mati iaitu Ismail bin Musah.

“Waris si mati telah dimaklumkan berkenaan keputusan laporan DNA dan telah menuntut rangka tersebut untuk urusan pengkebumian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan mengenai penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di kawasan semak Batu 7Jalan Miri Bintulu, pada 12 Disember 2024.

Ketika itu, Alexson berkata, pihak polis meminta supaya mana-mana individu, ahli keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan rangka si mati supaya tampil menyalurkan maklumat. 

Continue Reading

Previous: Tanah gelongsor di blok asrama SK St Paul Roban, APM ingatkan berhati-hati
Next: Berkhatan percuma Sunathon Perdana 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.