Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat sambut baik lanjutan moratorium
  • TEMPATAN

Rakyat sambut baik lanjutan moratorium

Utusan Sarawak 5 years ago
DITERIMA BAIK …Yussibnosh Balo

MUKAH:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo, yakin pengumuman Perdana Menteri Malaysia berkaitan dengan lanjutan moratorium mendapat sambutan baik rakyat.

“Berkaitan dengan lanjutan moratorium (untuk pinjaman perumahan atau peribadi) khusus untuk individu kehilangan pekerjaan dan mereka yang masih bekerja tetapi pendapatan terjejas sudah pasti disambut baik oleh rakyat yang terlibat dengan keadaan ini,” katanya.

Berikutan lanjutan itu, tambahnya, individu berkaitan sekurang-kurangnya mendapat manfaat daripadanya untuk tiga bulan lagi sehingga mereka mendapat pekerjaan tetap.

“Selain itu peniaga atau penjaja yang terjejas juga tidak dilupakan dengan hanya membayar faedah sahaja atau memanjangkan tempoh pinjaman untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi atau pelepasan sehingga perniagaan mereka stabil. Permohonan boleh dibuat bermula 7 Ogos 2020 ini,” ujarnya lagi.

Yussibnosh percaya hanya kerajaan yang perihatin ke atas rakyat sahaja boleh membantu meringankan beban rakyat.

“Rakyat sekarang boleh menilai kerajaan mana yang akan mereka pilih dalam pilihan raya yang akan datang. Bukan parti-parti politik yang hanya menabur janji menjelang pilihan raya. Kebanyakan janji yang pembangkang taburkan sebenarnya sudah dan sedangpun dibuat oleh kerajaan yang memerintah sekarang, cuma ia memerlukan masa untuk siap terutamanya kemudahan asas seperti letrik, air dan jalanraya,”  ujar Yussibnosh lagi.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Projek Tebingan Sungai bakal rancakkan pelancongan
Next: Bandar Raya Kuching dibangun semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.