JAMBATAN Batang Paloh bakal dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi, sekali gus mengakhiri penggunaan feri sejak 30 tahun lalu.
Video mengenai pemandangan udara jambatan itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Ir. Aidel Lariwoo di facebook hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran pada Kapsyen video itu.
Sebelum ini, Aidel memberitahu Utusan Sarawak bahawa jambatan berharga RM298.5 juta itu dijanga siap 15 Oktober ini.
Ini membawa berita gembira untuk ribuan penduduk kawasan pesisir, sekali gus memendekkan perjalanan dari Pulau Bruit, Daro dan Matu untuk ke Sarikei-Kuching dan Sibu-Bintulu atau sebaliknya.





