MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr. Penguang Manggil berkata rakyat harus berfikiran rasional sebelum membuat keputusan dan perlu bersatu padu demi mencapai kemajuan.
“Kita lihat sekarang bahawa serangan demi serangan dilakukan pihak-pihak tertentu dalam media sosial atas nama politik,” katanya.
Menurut Penguang ini bukan gaya politik yang diperlukan justeru untuk mencapai kebaikan bersama, kita perlu berpolitik secara matang, katanya berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di Rh Banyah anak Banyi, Sg Sebubu Peking Tinjar semalam.
Sebelum itu beliau sempat meninjau projek tempat letak kereta Rh Banyah serta kerja-kerja baikpulih rumah MRP-PPRMS Kampung Sungai Sebubu berjumlah RM39,100 dan melawat gereja St Mary yang telah dinaiktaraf melalui projek rakyat / Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain ( UNIFOR) dengan peruntukan RM15,000.000
Dalam pada itu Penguang selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) N.76 Marudi turut menerangkan bahawa kerajaan Sarawak akan melaksanakan beberapa projek di kawasan Sg sebubu / Sg Sebatu di mana bagi bekalan elektrik luar bandar (BELB) akan disambungkan di bawah pakej Long Puak dan Long Banyok.
Sementara itu katanya untuk membaikpulih jalan pula, kerja-kerja telahpun dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakalan projek naiktaraf seterusnya akan dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi HDA / RECODA.
Bagi bekalan air bersih luar bandar pula Penguang menjelaskan bahawa penyambungan paip ke kawasan ini akan dilaksanakan di bawah RMK12 ( proposed development of Tinjar water grid and water supply system).
Bagi memudahan penduduk di sini, Penguang mengumumkan projek pembinaan sebuah dewan serbaguna Sg Sebubu yang akan dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP2021).
Sehubungan itu pada majlis tersebut Penguang menyampaikan cek-cek MRP kepada JKKK Rh Banyah (RM15,000 ), Biro Wanita Rh Banyak (RM5,000), Biro Wanita Rh. Duri anak Atek (RM5,000), Biro Wanita Rh Jemat Sg Sebatu (RM5,000), Biro Wanita Rh Kalum ( RM3,000) ), Biro Wanita Rh Jilan Sg Sebatu (RM5,000 ), Biro wanita Rh Jampang Sg Peking ( RM5,000), Biro Wanita Rh Chaing Sg Peking (RM5,000), Biro Wanita Rh Marcus Minggu (RM5,000 ), JKKK Rh Wat Sg Peking (RM15,000 ) dan Biro Wanita Rh Wat Sg Peking (RM5,000).
Beliau turut menyerahkan cek MRP berkenaan kepada JKKK Rh Mathias Depa ( RM15,000 ), Biro Wanita Rh Mathias Depa (RM5,000 ), JKKK Rh Tadong Besi (RM15,000), Biro Wanita Rh Tadong Besi (RM5,000), JKKK Rh Ugak anak Kalang Sg Nat (RM10,000), Biro Wanita Rh Ugak Sg Nat ( RM5,000), JKKK Rh Douglas Bungan (15,000 ), Biro Wanita Rh Douglas Bungan RM5,000), Biro Wanita Rh Labang Nanga Seridan (RM5,000), PIBG SK Sg Sebatu (RM10,000), PIBG SK Sg Bain (RM10,000 ), Gereja SIB Rantau Pinang / Rh Patie Jelani ( RM10,000 ), Kelab Rando Bahagian Miri / Pejabat Residen Bahagaian Miri ( RM10,000 ), PIBG SK Kuala Bok ( RM10,000), Biro Wanita Kampung Long Maro (RM5,000), JKKK Rh Kalong Ulu Teru (RM15,000 ) dan JKKK Rh Unsam ( RM20,000 )
Beliau juga menyerahkan cek peruntukan MRP-PPRM ( baikpulih rumah) kepada JKKK Rh Mathias Depa (RM27,000 ), JKKK Rh Wen Magelit ( RM37,000) dan JKKK Kampung Matek Ulu Teru / Rh Rendah ( RM13,000 ).
Sementara itu Datin Monica Ukong Jaya menyerahkan tiga buah kerusi roda sumbangan SABATI kepada tiga orang dari Rh Banyah dan Rh Douglas Bungan.
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Alexander Asing, Pegawai daerah Beluru Alfred Geling, SAO Marliney, Pemanca Enggah Muga, Penghulu Nyandang dan ketua-ketua masyarakat yang lain.
Oleh JIKU JUGUONG