Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat harus akur SOP
  • TEMPATAN

Rakyat harus akur SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
DAGING KORBAN…Dato Dayang Morliah menyerahkan daging korban kepada wakil penerima sambil disaksikan Awang Tengah dan Henry Sum.

LAWAS: Rakyat harus akur dengan segala peraturan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha dalam suasana berbeza daripada sebelumnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan memberitahu, kepatuhan prosedur operasi standard (SOP)

penting dalam memastikan kejayaan memutuskan rantaian pendamik Covid-19 dan memastikan rakyat terus selamat.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan  Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak ditemui media pada majlis penyerahan daging korban sempena Aidiladha di pusat penyembelihan Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas semalam.

Seterusnya, beliau memberitahu sejumlah 30 ekor kerbau untuk ibadah korban telah diagihkan ke surau dan masjid di Daerah Lawas.

“Sebanyak 30 ekor kerbau disumbang melalui Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lawas dan keluarga saya, Perkim juga menyumbang seekor kerbau dan Dato Henry Sum turut menyumbang dua ekor melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia untuk Parlimen Lawas,” ujarnya.

Seterusnya daging korban ini diagihkan mengikut zon dan ada yang telah disembelih semalam .

Pada masa yang sama, semua kerbau yang diagihkan telah mendapat kelulusan pihak veterinar dan juga dengan pusat penyembelihan yang dilulus pihak berkuasa.

Awang Tengah juga mahu agar proses agihan dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPLB merangkap Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Pengerusi Perkim Lawas, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Residen Bahagian Limbang, Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pengerusi Masjid Besar Darul Ma’mur, Othman Adol.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Rakyat sambut baik lanjutan moratorium
Next: CPPC ditubuhkan di Teng Bukap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.