Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Rai perkahwinan ikut budaya melayu
  • INSPIRASI

Rai perkahwinan ikut budaya melayu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SAMA CANTIK SAMA PADAN… Pasangan pengantin, Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee lengkap mengenakan busana tradisional Melayu diraikan pada hari perkahwinan mereka di Magical Grand Hall, Star Avenue hari ini. Foto BERNAMA

MELIHAT sepintas lalu, tidak ada yang luar biasa di majlis perkahwinan itu dengan pasangan pengantin yang berbusana songket tradisional Melayu diarak masuk ke dalam dewan, diiringi paluan kompang.

Malah, keseluruhan majlis menampilkan pelbagai elemen walimatulurus Melayu seperti bersanding, salam restu dan beradab selain dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional Melayu yang diakhiri dengan joget lambak.

Namun, dilihat dari dekat, pasangan mempelai yang diraikan di Magical Grand Hall, Star Avenue di Shah Alam semalam merupakan pasangan berbangsa Cina.

PASANGAN pengantin, Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee bersalaman dengan ahli keluarga mereka di Magical Grand Hall, Star Avenue hari ini. Chang Jeff Sun dan isteri yang berbangsa Cina tampil mengenakan busana songket tradisional Melayu dalam majlis perkahwinan mereka yang berlangsung meriah hari ini. Majlis yang penuh adat dan keanggunan itu bukan sahaja menonjolkan keindahan warisan Melayu, malah turut menjadi simbol penghormatan kepada kepelbagaian budaya dan perpaduan masyarakat di negara ini. FOTO BERNAMA

Menurut pengantin lelaki Chang Jeff Sun, 31, menjadi impiannya dan isteri Ng Sow Gee, 32, untuk meraikan hari bahagia mereka dengan tema dan suasana kenduri kahwin orang Melayu kerana tertarik dengan keunikan adat dan budaya kaum itu.

“Kita di Malaysia membesar dalam pelbagai budaya berbeza, dan bagi saya budaya Melayu juga sangat istimewa, jadi saya mahu merasai pengalaman (diraikan dengan budaya Melayu) untuk hari bahagia saya, ” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis itu.

Isterinya yang mahu dikenali sebagai Eva, berkata dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju apabila suaminya mengajukan cadangan agar resepsi mereka dilangsungkan menurut budaya Melayu.

“Pertama kali saya berbusana tradisional lengkap dengan cucuk sanggul seperti ini. Walaupun mencabar tapi rasa berbaloi sebab penampilan saya sangat cantik,” katanya yang bekerja dalam sektor perbankan.

TETAMU hadir memeriahkan majlis perkahwinan Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee di Magical Grand Hall, Star Avenue hari ini. FOTO BERNAMA

Sementara itu, ibu pengantin lelaki Chen Bee Kheng menyifatkan majlis tersebut sebagai sebuah impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

“(Seluruh) Rakyat Malaysia ibarat satu keluarga. Kami juga tinggal dekat dengan komuniti Melayu… sudah lama saya simpan hasrat buat majlis macam kenduri Melayu bila kahwinkan anak lelaki sulung saya,” katanya.

Chen berpandangan usaha menyatukan elemen budaya dalam majlis perkahwinan seperti itu selaras dengan aspirasi kerajaan yang menggalakkan perpaduan kaum bagi membina sebuah negara majmuk yang lebih harmoni.

Majlis itu turut menyaksikan kehadiran keluarga dan rakan-rakan pasangan pengantin yang teruja melihat bagaimana budaya menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam satu majlis penuh kasih sayang dan keterbukaan.

Chen juga berharap majlis tersebut dapat dijadikan contoh kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan dan lambang keunikan negara ini. — Bernama

Continue Reading

Previous: Gurdeep fasih dialek Terengganu
Next: Flora Jonathan jana keuntungan melalui kraftangan tradisional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.