Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan -PMO
  • SEMASA

Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan -PMO

Utusan Sarawak 14 hours ago
PERTEMUAN RASMI… Anwar dan Abang Johari ketika mengadakan pertemuan rasmi bersama kepemimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra semalam. Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Putrajaya dan Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kesepakatan tersebut dicapai menerusi pertemuan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut disertai oleh kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra, Putrajaya.

“Perdana Menteri serta Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PMO berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

Langkah mencapai kesepakatan itu penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga telah mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 817 jemaah haji Sarawak bakal berlepas ke tanah suci
Next: Jemaah haji perlu aktifkan Kad Debit-i TH sebelum berangkat ke Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.