Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pusat Khidmat Tanjong Datu terus hulur sumbangan
  • TEMPATAN

Pusat Khidmat Tanjong Datu terus hulur sumbangan

Utusan Sarawak 5 years ago
AZIZUL Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Azeli Jirin di Kampung Bajo Lundu.

Lundu: Pusat Khidmat Tanjong Datu, Lundu terus giat menghulurkan sumbangan serta turun padang bertemu masyarakat setempat dalam usaha mendekatkan diri bersama rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan kerap turun padang bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau dikatakan mirip ayahnya iaitu Allahyarham Tok Nan kerana mesra dan ramah serta gemar bergurau dengan sesiapa saja yang ditemuinya jika beliau melawat ke Lundu.

Pada lawatan kelmarin, Azizul telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Azeli Jirin di Kampung Bajo Lundu yang meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat kemalangan.

Seterusnya, beliau bersama Skuad Sayang N3 Tanjong Datu, Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu turut menghantar sumbangan kerusi roda kepada Hadiah Laili di Kampung Pandan Lundu.

Hadiah yang terharu dengan sumbangan itu turut mengucapkan terima-kasih atas sumbangan itu yang akan memudahkan beliau bergerak di dalam rumah.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu Fatimah Abdullah, Ketua Ranting PBB Ranting Pandan Ahmad Jais Dillah serta ahli-ahli jawtankuasa yang lain.

Continue Reading

Previous: Keadaan UTC Miri terkawal
Next: Bekerjasama dengan bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.