
BINTULU: Pusat Khidmat Tanjong Batu meneruskan tradisi tahunan dengan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu.
Hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengunjungi balai berkenaan bagi menyerahkan sumbangan kurma serta jadual waktu imsak dan berbuka puasa kepada anggota bomba sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.
“Anggota bomba sentiasa bersiap siaga demi keselamatan rakyat.
“Sumbangan ini sebagai penghormatan atas dedikasi mereka yang berani dan sanggup berkorban tanpa mengira waktu,” katanya.
Program tersebut merupakan inisiatif tahunan Pusat Khidmat Tanjong Batu dalam menghargai perkhidmatan pasukan keselamatan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat.