Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRS ikrar bantu SUPP di DUN Engkilili
  • TEMPATAN

PRS ikrar bantu SUPP di DUN Engkilili

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWAT… Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Dato’ Sri Sim Kui Hian ketika melakukan lawatan ke Rumah Sirai Marup Ili, Engkilili untuk memperkasakan sokongan penduduk di kawasan DUN Engkilili terhadap GPS.

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyal 1,050 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili pada Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Beliau yang juga Presiden PRS berkata demikian ketika melakukan lawatan ke Rumah Sirai, Marup Ili, Engkilili bersama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian bagi memperkukuhkan kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan DUN Engkilili yang merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Lubok Antu yang diwakili PRS.

“Ini bermaksud sama ada pemimpin tidak cuba sedaya upaya untuk membantu Barisan Nasional (BN) atau terdapat elemen sabotaj daripada komponen parti BN yang lain terhadap PRS (di DUN Engkilili pada PRU-14).
“Dr Johnnical Rayong adalah dari SUPP/BN dalam PRU-14 yang lalu,” kata Masing.

Beliau berkata, jika perkara ini masih berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN-12) akan datang, maka GPS akan berhadapan dengan masalah besar.
PRS dalam pada itu katanya, akan cuba membantu sedaya upaya di dalam menyokong calon SUPP (DUN Engkilili) dan SUPP juga perlu membantu calon PRS di kawasan Parlimen Lubok Antu tanpa sebarang agenda.

Pada majlis itu, Masing dan Dr. Sim masing-masing menyumbangkan sebanyak RM20,000 dan RM6,000 bagi projek membina jalan menghubungkan Rumah Sirai.

Turut menyumbang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcom Mussen lamoh sebanyak RM10,000

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
Next: Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.