Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Waterfront Bekenu bakal cantikkan tebing sungai Kampung Rambai
  • Utara
  • WILAYAH

Projek Waterfront Bekenu bakal cantikkan tebing sungai Kampung Rambai

Utusan Sarawak 2 months ago
RASMI… Datuk Rosey Yunus memotong reben tanda simbolik perasmian Pecah Tanah Projek Waterfront Bekenu, Kampung Rambai hari ini.

BEKENU: Projek Waterfront Bekenu bernilai RM4.13 juta bakal mencantikkan tebing sungai Kampung Rambai dan salah satu mercu tanda meransang pelancongan selain daripada melindungi tebing sungai dari hakisan.

Inisiatif ini bukan sekadar pembinaan waterfront baharu tetapi ia merupakan asas kepada kemajuan, pembangunan, dan peluang yang lebih baik untuk semua di kawasan ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata demikian pada majlis Pecah Tanah Projek Waterfront Bekenu, Kampung Rambai di sini hari ini.

Katanya, tempoh siap projek pada 3 April 2026 (12 bulan) bahawa ia bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi ia adalah pelaburan dalam kesejahteraan dan kemakmuran.

“Projek ini akan menyediakan kemudahan yang berkaitan di sepanjang tebing sungai Kampung Rambai bertentangan dengan pasar Bekenu sekali gus ruang rekreasi riadah.

“Bayangkan keluarga kita berjalan-jalan di tepi sungai, anak-anak bermain di taman yang cantik dan kita semua menikmati pemandangan yang menenangkan.

“Ini adalah tempat bersantai, beriadah, dan merapatkan hubungan sesama kita, orang awam juga dapat menonton aktiviti regata dengan selesa dan selamat,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, tebingan sungai yang menarik akan menarik pelancong akan memberi peluang perniagaan untuk penduduk kampung kita.

“Kedai-kedai, restoran dan aktiviti pelancongan akan berkembang, mencipta peluang pekerjaan baru untuk anak-anak kita.

“Penduduk kampung juga boleh mengambil kesempatan dengan menjual produk tempatan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan setulus hati kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam merealisasikan projek ini,” katanya lagi.

Turut hadir, Setiausaha Politik Premier Sarawak Sharkawi Suhaili, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri Stephen Ung Neng Hui, Setiausaha Majlis Daerah Subis Stella Jelica dan ketua-ketua masyarakat setempat.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SDNU Sibu anjur Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik
Next: “Aidilfitri berbeza tanpa ayah” – Dr Annuar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.