Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek seni mural sulung cetus transformasi ruang awam
  • Utara
  • WILAYAH

Projek seni mural sulung cetus transformasi ruang awam

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RASMI… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama Datuk James Ling Lu Kiong merasmikan projek seni mural sulung di Bulatan Skate Park, Miri, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Projek seni mural sulung di Bulatan Skate Park, Miri membuka lembaran baharu dalam usaha memperindah ruang awam bandar raya ini, dengan rancangan untuk meluaskan inisiatif tersebut ke lokasi lain seperti gelanggang bola keranjang dan taman rekreasi.

Majlis perasmian projek ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, bersama Timbalan Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Shin Yang, Datuk James Ling Lu Kiong dalam satu acara ringkas, hari ini.

Menurut Datuk James Ling, kerjasama erat antara Kumpulan Shin Yang, pemimpin komuniti dan pihak berkuasa tempatan membuka peluang kepada golongan belia untuk lebih menghargai seni mural, di samping mewujudkan ruang awam yang lebih ceria dan mesra komuniti.

“Kami bercadang untuk memperluaskan projek seni mural ini ke lokasi lain seperti gelanggang bola keranjang serta taman-taman yang sedang dibina.

“Harapan kami adalah agar seni ini dapat menyuntik semangat dan nilai estetika ke dalam lebih banyak ruang awam,” katanya.

Tambah beliau, seni mural bukan sahaja memperindah persekitaran, malah mampu mengeratkan hubungan masyarakat dengan ruang awam secara lebih mendalam dan bermakna.

Projek ini, katanya, akan dilaksanakan oleh pelukis tempatan terkenal, dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat minggu bergantung kepada keadaan cuaca.

Sepanjang tempoh tersebut, ujarnya lagi, taman luncur akan ditutup sementara kepada orang awam dan akan dibuka semula sebaik sahaja kerja mengecat selesai. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Awang Yusuf dilantik Pengerusi Majlis Daerah Lundu
Next: Kapit akan dinaik taraf jadi Majlis Perbandaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.