Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Rosmari-Marjoram dijangka keluarkan gas pertama penghujung 2026 – Shell
  • TEMPATAN

Projek Rosmari-Marjoram dijangka keluarkan gas pertama penghujung 2026 – Shell

Utusan Sarawak 2 years ago
Pengerusi Shell Malaysia, Siti Sulaiman (berdiri, tengah) merakam kenangan bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku serta Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Sri Enn Ong pada majlis rumah terbuka dianjurkan oleh Shell di salah sebuah hotel di sini, hari ini. Foto Herriey Naha

KUCHING: Projek Rosmari-Marjoram oleh Sarawak Shell Bhd yang juga anak syarikat Shell Plc, dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd di Bintulu, dijangka mengeluarkan gas pertamanya menjelang akhir 2026.

Projek Rosmari-Marjoram yang terletak 220 kilometer di luar pesisir Bintulu, Sarawak dilengkapi dengan saluran paip sepanjang 207 kilometer ke daratan serta loji gas di darat yang membantu dalam memastikan bekalan gas berterusan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu.

Pengerusi Shell Malaysia, Siti Sulaiman berkata, projek itu dijangka dapat menghasilkan kira-kira 750 juta kaki padu standard gas sehari.

“Ini adalah antara projek terbesar Shell di Malaysia yang turut menjadi kemajuan besar bagi perniagaan minyak dan gas huluan di Sarawak,” katanya pada majlis rumah terbuka dianjurkan oleh Shell di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan kekuatan anggota pasukan teknikal, Siti berkata, kedudukan Shell di Miri kini akan jauh lebih besar berbanding sebelumnya.

“Dalam bulan ini, kami telah mengumpulkan beberapa anggota pasukan teknikal dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Miri. Ini bermakna kedudukan kami di Miri kini jauh lebih besar berbanding sebelumnya.  

“Selain itu, ibu pejabat Shell yang ketika ini terletak di Lutong akan berpindah ke Miri Times Square menjelang akhir tahun ini.

“Kemudahan itu juga merupakan ibu pejabat Shell di Miri untuk Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: 55 menara SMART bersiaran menjelang perayaan Gawai Dayak
Next: Pemaju perumahan disaran aplikasikan binaan rumah dilengkapi solar  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.