Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek penambakan tanah dua rumah panjang siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek penambakan tanah dua rumah panjang siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 7 months ago
LAWATAN…. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii melawat Rumah Semangang Migih di Sungai Nyelong. 

SARIKEI: Projek penambakan tanah Rumah Semangang Migih di Sungai Nyelong telah siap sepenuhnya. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii memperuntukkan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk rumah panjang 18 pintu tersebut. 

Tiong Sii telah mengadakan lawatan ke rumah panjang bagi meninjau keadaan semasa.

Katanya, lawatan ini bertujuan membantu dalam pelaksanaan pembangunan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di rumah panjang.

“Saya juga menyatakan penghargaan kepada penduduk rumah panjang dan pelbagai kaum atas sokongan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

“Terima kasih atas sokongan mereka dan memberinya peluang untuk terus berkhidmat untuk rakyat, bagi meningkatkan pembangunan di kawasan Sarikei,” katanya. 

Tiong Sii berkata demikian ketika ditemui media, hari ini.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Semangang Migih meluahkan rasa syukur atas lawatan Tiong Sii yang memahami keadaan penduduk dan memberikan bantuan kepada rakyat. 

“Sikap beliau yang rajin bekerja, serta keprihatinan beliau terhadap rakyat sangat kami hargai. Terima kasih Datoʼ Sri Huang Tiong Sii,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UNIFOR salur RM1.26 juta, bantu enam gereja di Bario sejak 2017
Next: 71 penghuni 23 pintu rumah panjang terjejas akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.