BINTULU: Pelaksana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus terus rancak dilaksanakan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus merangkap Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai komited dalam memastikan projek di DUN berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Semalam beliau turun padang meninjau dan melakukan lawatan kerja bagi Projek Menaiktaraf Jalan Rumah Sulang, Batu 88, Jalan Tatau Selangau, Projek Merata Tapak Rumanh Panjang Baharu Rh Jatan, Projek Menaiktaraf Jalan Rumah Jamba, Jematan Arip dan Projek Tempat Letak Kereta Rumah Steven Ansi, Lubok Bukut.
Sehubungan itu difahamkan bahawa projek terbabit akan dilaksanakan pada tahun ini menggunakan peruntukkan RTP bagi tahun 2021.
Sehubungan itu beliau turut berkesempatan singgah di Rumah Lium, Jalan SK Iban Union, untuk meninjau tapak Rumah Lium berkenaan dengan permohonan Rumah Panjang tersebut untuk memohon projek untuk menembok tapak rumah panjang mereka.
Oleh ELLIE EDWARD