Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program ‘Vision For Future’ hadiahkan cermin mata baharu kepada 91 pelajar
  • Tengah
  • WILAYAH

Program ‘Vision For Future’ hadiahkan cermin mata baharu kepada 91 pelajar

Utusan Sarawak 1 month ago
JOSEPH Chieng Jin Ek memasang cermin mata kepada salah seorang pelajar pada program ‘Vision For Future’ di SMK Bukit Assek, hari ini.

SIBU: Seramai 91 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek menerima cermin mata percuma menerusi program ‘Vision For Future’, satu inisiatif Junior Chamber International (JCI) Mandarin Sibu dengan kerjasama beberapa cawangan JCI di seluruh negara. 

Pengerusi penganjur, Boston Ho berkata seramai lebih 400 pelajar dan guru telah menjalani pemeriksaan mata melalui program ini. 

“Seramai 91 pelajar didapati memerlukan cermin mata baharu, namun ada yang tidak memakai langsung atau masih menggunakan cermin mata lama yang tidak sesuai. 

“Kes paling serius yang kami temui ialah rabun hampir 500 darjah, tetapi pelajar tersebut tidak memiliki sebarang cermin mata. Jadi, penting untuk kita tidak menunggu hingga keadaan menjadi serius baru mendapatkan rawatan,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan cermin mata secara percuma kepada pelajar di SMK Bukit Assek, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

Sementara itu, Boston turut menzahirkan penghargaan tinggi terhadap sokongan serta kerjasama pihak sekolah, guru-guru dan para pelajar.

“Tujuan utama program ini adalah bagi membantu keluarga dari golongan B40 dengan memberikan cermin mata percuma, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan mata secara berkala dan membawa semangat perpaduan Sarawak tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Beliau turut menggesa para pelajar agar terus berusaha menjadi insan yang berguna dan memberi sumbangan positif kepada Sarawak.

“Belajar bukan hanya tentang buku. Ia juga tentang menguasai kemahiran untuk membantu diri, keluarga dan masyarakat,” katanya lagi.

Turut hadir pada program tersebut, Presiden JCI Mandrin Sibu Alexander Ling, Pengetua SMK Bukit Assek Encik Abdul Rahman Abdullah @ Nicholas serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua projek jeti baharu di Ulu Mukah siap ikut jadual
Next: Guru bahasa Iban digalak kuasai AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.